CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis :
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahalanabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…

Monday, March 16, 2009

" YA ALLAH, BERILAH KESABARAN PADAKU "



Inilah masalah yang melanda diri saya sekarang.Ini ialah halaman rumah yang baru saya sewa tahun ini.Rase macam duduk kat oversea lak.Tengoklah,musim bunga tengah melanda.Masalahnya pokok depan rumah saya ini terlalu besar dan sekarang ni tengah musim bunga.Rasenya sepanjang tahun ini je dah 2x musim bunga.Memang la cantik kalau tengok tapi setiap masa kena sapu n bersihkan..Mana nak larat.Gambar yang atas tu ialah gambaran jam 9.00 pagi 17 mac 2009 ( harini ) selepas saya bersihkan jam 7.00 pagi tadi (gambar yang bawah ).Bayangkan,dalam masa 2 jam je dah penuh halaman macam tu. Dulu,sebelum saya parking kereta tepi jalan,saya park bawah pokok ni.Memang sakit hati je, pagi2 nk pegi sekolah kereta dh penuh dengan tahi burung n getah pokok.Lagi la hangin dibuatnya.Kena la gosok n sembur dulu sebelum pegi.Dulu, tuan rumah pernah mengadu masalah ini ke Majlis Daerah supaya tebang pokok ini tapi sampai sekarang xde pe2 tindakan.bayangkan pokok ni sebaya dengan rumah yang saya duduk ni...Kalau tengok kesan yang paling buruk ialah longkang kat tepi tu dah semakin mengecil dan pecah2 coz akar pokok tu dah terlalu besar..Rase2 saya nk pegi report lak selepas ni..Rase xsanggup nk hadapi masalah ini lagi...TOLOOOOONGG.....BANTULAH KAMI.

RENUNGAN

RENUNGAN BUAT INSAN BERNAMA " WANITA "

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah."
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).



SUSHI?? sedap ke?


Hai,kawan- kawan nak tau tak? Pengalaman saya kali pertama makan sushi ni. Mula- mula beli,saya rasa macam nk muntah je bile cium sushi ni.Baunya xsedap pun. Tapi lame-lame teringin lak nk rase.Boleh la dikatakan sedap gak if makan sesekali...Sushi ni sebenarnya dibuat dengan pulut yang dicampur dengan cuka dan rumpai laut lak untuk menggulung sushi tu.Dalam gambar sebelah ni yang atas warna oren tu ialah telur ikan...Harganya lak dalam Rm 1.++ je satu.klu nk tau rasenya, cuba la..


Wednesday, March 4, 2009

Aktiviti Februari 2009


SELAMAT HARI LAHIR


Selamat Hari Lahir yang ke-27 pada 10 Februari 2009 yang lalu buat suami tersayang Akmal Hisyam bin Masri.Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan success selalu.Amin



PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM

Sebagaimana sedia maklum,umat islam diwajibkan memakan makanan yang halal dari hasil rezeki yang halal juga.Tetapi tanpa kita sedari, makanan yang kita beli dan makan ade mengandungi bahan yang haram.Oleh itu, saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan agar meneliti dan memeriksa kandungan bahan dalam apa juga barang makanan yang kita beli.Ingat pepatah ade mengatakan " Mencegah lebih baik dari mengubati ".Disini ade disertakan kod- kod barangan yang mengandungi lemak khinzir..

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473,
E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494,
E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.



Kem Bestari Solat siri 1 2009


Pada bulan Februari yang lepas telah diadakan Kem Bestari Solat siri 1 bagi murid tahun1,2 dan 3 skpm.Sebenarnya murid2 tahun 2 dan 3 dah ade pengalaman tahun lepas tentang pengisian dalam kem ni.Cumanya murid2 tahun 1 ni yang agak bersemangat bile guru mereka cakap nak belajar solat.Bukan main seronok tengok gelagat diorang ni.Lebih2 lagi disediakan makanan tengahari dan petang...Biasa la budak2 memang suka bab ni.


Sorotan sepanjang januari



" EYE ON MALAYSIA"

Bertemu kembali setelah hampir beberapa bulan tidak mencoret sesuatu di laman ini.Hai kawan-kawan semua, ni sy nak kongsi cerita sikit. Tengok gambar tu,ni la "eye on malaysia" yang bertempat di Melaka. Rasanya dh 2 kali sy ke tempat ini, tapi masih belum berani untuk masuk.Hehehe,bukan tak berani tapi takut tiba2 pening kepala lak nanti.Kalau kwn2 datang ke Melaka, bole le singgah,bole nmpk suasana melaka dari tempat yang tinggi dan lebih cantik jika datang di waktu malam.

Kalau tak silap sy,ade 42 kabel kesemuanya.siap ade air-cond lagi tau.Tiket nk masuk hanya rm7 if kwn2 tunjuk kan i/c . So, time cuti bole le dtg ke sini.