CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 21, 2009

Kem Bestari Fasa 3



Alhamdulillah,KBS sudah smpai fasa ke3.Sebahagian besar murid2 tahun 1 ini sudah boleh membaca niat wuduk,cara mengambil wuduk dan beberapa niat solat fardu 5 waktu.Apa yang penting perkara2 ini perlu dilakukan setiap hari untuk bertambah mahir.Ibubapa kena la ambik peranan untuk memastikan anak-anak anda menunaikan solat setiap waktu.

Mai le singgah...

Gelang rantai

Brooch berantai

Gelang kristal anyam

Salam kengkawan.hari ni sy nk promote barang bagus punye.Didatangkan khas dari sabah.Khas untuk kaum wanita dan lelaki juga. Jika anda berminat,boleh dapatkannya drpd sy.Stok terhad,sebelum kehabisan.Harga boleh runding....bagi kaum lelaki ialah butang baju melayu kristal(tiada dalam gambar ).

Wednesday, July 15, 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB

Pengertian Rejab :
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430/Isra Mi’raj (Isnin 20 Julai 2009 akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad
sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

Dipetik dari http://nmjnh.wordpress.com