Alhamdulillah, kami selamat sampai ke semenanjung stlh hmpr 3 mggu sy bercuti di kuching,srwk.sprti yg dijadualkan, pada hari ahad jam 8.20 kami akan berlepas dari Kuching International Airport menuju ke KLIA Sepang.Seawalo jam 4.00 pgi kami dh bangun untk bersiap2...Alhmdlh jam 10.00 pgi smpi kt KLIA dan trus mnuju ke kmpg di sg.bsr untk sambut hari raya haji bersama kluarga...
Wednesday, December 10, 2008
Thursday, December 4, 2008
" AIDIL ADHA "Mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s
Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Posted by FAZLINDA at 4.12.08 0 comments
Sunday, November 30, 2008
BOSANNya...
Harini mcm biasa pgi2 lgi dh mgntuk.Bosan sgt,xtau pe bnda nk wat.Hari2 rutin tugas sy ialah bgn pgi,wat sarapan,bsuh baju n tgk tv or bkak lptop.Pe lgi,mnjelajah la.Hrini hari last abg sy jga spm...Esok leh le gi jln.Sbnrnya xsbr nk blik kmpg ni.Pepun kna Sbar hri ahad ni 7hb bru blik smnnjung..Horeyy...
Posted by FAZLINDA at 30.11.08 2 comments
Saturday, November 29, 2008
Kampung Sarikin Lagi???
Kampung sarikin lagi??? Seawal jam 6.20 pagi tadi, kami bertolak ke Pasar minggu kampung Sarikin yang terletak dia antara sempadan sarawak n indonesia.Jaraknya kira-kira 40 minit dari tempat tinggal kami.Di sepanjang perjalanan,kabus begitu tebal hingga mengganggu pemanduan kami.Dah le wiper yang kereta kami pakai kurang berfungsi.So,kena la bwk slow2....Smpi ke tmpat yg dituju dalam jam 7 lbih.Kami terus mmbeli brg2 yg ingin dibeli.Sebenarnya ni ialah kali ke 2 kami datang ke sini.So, dtg2 trus gi tmpt yg dituju.Dlm kul 8.30 kami dh siap mmbeli brgn yg diidamkan.Poket pn dh kring,so blik la.Dlm perjalanan pulg klihatan byk kenderaan yg mnuju ke tmpt trsebut trmasuklah bas2 sekolah n bas persiaran. Al maklumlah kakitgn awam bru mndapt gaji...Hehe
Posted by FAZLINDA at 29.11.08 0 comments
Thursday, November 27, 2008
KEBURUKAN MENIDURKAN BAYI DLM BUAIAN
Pernahkah anda mendengar lagu mendodoikan anak atau lullaby Inggeris Rock-a bye-baby yang berbunyi seperti berikut
"When the bough breaks, the cradle with fall down will come baby, cradle n all?"
Lagu ini menerangkan bagaimana buai itu patah dan jatuh ke bawah memmbawanya bersama bayi sekali.
Sememangnya kini tiada tempat yang selamat untuk menidurkan bayi selain dari baby cot.
Buaian kini boleh menjadi 1 punca kepada kecederaan bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.
Penggunaan buaian untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage. Kebanyakan kes pendarahan subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.
Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.
Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.
Henjutan buai yang perlahan tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyangkan bayi dalam tangan dengan kuat dan akibatnya akan menghasilkan kecederaan yang sama.
Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk pada dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur 2 tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala adiknya sedang menghentak dinding.
Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempapa bayi dan juga spring tali putus.
Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur dan memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai..
INGATLAH!!!
mengandung mengambil masa yang lama,9bulan & 9hari..
nyawa diambil hanyalah sementera,,
jagalah bayi anad sebaiknya..
ok!!!!
hehe..
Posted by FAZLINDA at 27.11.08 0 comments
SAHABAT - utk ingatan
Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Sumber:http://ukhwahfillah.wordpress.com/
Coretan editor: Tampar pipi! Tampar pipi! Sedar dan bangunlah, adakah kita benar-benar bersahabat? Bersahabat seperti Rasulullah dan Abu Bakar.
Posted by FAZLINDA at 27.11.08 0 comments
JALAN-JALAN KT WATERFRONT
Posted by FAZLINDA at 27.11.08 0 comments
MAKANAN SPECEL SARAWAK
Haa...ni le makanan yg agak specel la kt kching ni.Namanya mee kolok.HEHE...First dgr mcm klakar je bunyinya.So, mcm mane nk tau rasenya, sy pn order la mee kolok ni....Klu ditengok mcm megi goreng kan...Mmg sedap rasenya.Sebenarnya klu kt semenanjung ni dikenali sebagai mee sanggul.Ala, yang berbentuk sanggul tu. Yang atas tu yang berkuah tu bukannya megi sup tapi mee kolok specel n yang bwh tu mee kolok goreng.kami sengaja je order 1 menu yang berlainan name, nk tau pe prbezaannya...ok la kgkawan, if nk rse mee kolok ni leh le dtg ke kching ni...rse jgn xrse:-))
Posted by FAZLINDA at 27.11.08 0 comments
Sunday, November 23, 2008
Adik - bradik kt skpm
Tengok le gmbr2 ni yg smpt di ambil mse jamuan akhr thn kt straits meridian hotel, mlaka.klu kwn2 prasan bju yg ktorg pkai ala2 nk sme je..Mybe kbetulan je kot.hehe... Kitorg bertiga ni mmg rapat mcm adik-bradik.If sy de mslah mmg kt akak2 ni le sy mgadu..At least slps tu tenang la sikit w/pn x tenang kseluruhan...3 wanita yang dmaksdkan ialah Kak su, kak nuri n linda.Semoga prhbgan kitorag yg mcm adik-bradik ni akal kekal wat slamanya.Miss u
Posted by FAZLINDA at 23.11.08 0 comments
RINDU??
Posted by FAZLINDA at 23.11.08 0 comments
DAH SAMPAI DESTINASI DITUJU
Rumah sape ni???ni la ptunjk arah ke rmh pgntin llaki.De gak kwn2 yg tersesat,xjmpe tempat ni..kesian diorang tau...kena patah blik ke rumah. xpe la,Insyaallah de mase kite leh jumpe lgi.Terima kasih kt kwn2 n sedara mara yg datang dari jauh n dkat yg sggup meluangkan masa ke mjlis ni...Tq all:-)
Posted by FAZLINDA at 23.11.08 0 comments
Friday, November 21, 2008
Rumah melayu sarawak
Nii le namanya rumah melayu kt sarawak.Cntik kan...Ade lagi ciri-ciri tradisional yang sekarang susah dah nk jmpe...Rumah moden byk la..tengokla tu,sekeliling rumah pn bersih je..
Posted by FAZLINDA at 21.11.08 0 comments