CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 22, 2009

SELAMAT HARI GURU



"SELAMAT HARI GURU 2009"
Guru Pembina Negara Bangsa merupakan tema Hari Guru bagi tahun ini.Di kesempatan ini,sy ingin mengucapkan Selamat hari Guru kepada semua guru2 di seluruh dunia.Moga kalian sentiasa diberi kesihatan dan keberkatan dalam apa jua yang kalian lakukan.Amin.Sebenarnya gambar yang sy sertakan di sini adalah semasa program Hari Guru 2009 di SKPM anjuran Kelab Staff.Alhamdulillah,sy selaku wakil Kelab Staff mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberi.Pada hari tersebut,kami telah menerima 3 buah kek.Terima kasih semua.Moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki.Amin..

Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jikas hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
- Usman Awang 1979-

0 comments: