CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 8, 2009

CANTIK BERSERI

Panduan untuk cantik berseri

1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x

Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.

3. Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescaya kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.

Sedikit tambahan info ;
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.

Bersama-sama kita mengamalkannya.Sekian, selamat beramal.




Friday, May 22, 2009

SELAMAT HARI GURU



"SELAMAT HARI GURU 2009"
Guru Pembina Negara Bangsa merupakan tema Hari Guru bagi tahun ini.Di kesempatan ini,sy ingin mengucapkan Selamat hari Guru kepada semua guru2 di seluruh dunia.Moga kalian sentiasa diberi kesihatan dan keberkatan dalam apa jua yang kalian lakukan.Amin.Sebenarnya gambar yang sy sertakan di sini adalah semasa program Hari Guru 2009 di SKPM anjuran Kelab Staff.Alhamdulillah,sy selaku wakil Kelab Staff mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberi.Pada hari tersebut,kami telah menerima 3 buah kek.Terima kasih semua.Moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki.Amin..

Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jikas hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
- Usman Awang 1979-

Tolong! toolong........


Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulillah dapat sy mencoret sesuatu sejak sekian lame menyepikan diri.Agak busy sikit le.HEHE...ditambah pula penyambung usb hilang.xtau la letak kt mane.Bile kemas2,baru le jumpa.Kali ni sy nk cerita tentang latihan kebakaran yang telah dibuat pada 11 mei yg lalu( kalau xsilap) dengan kerjasama unit keselamatan spkm dan bomba Alor Gajah. Latihan kebakaran ini telah dibuat jam 10.15 pagi.waktu tu memeng cuaca sangat la panas.Rase macam kepala ni menggelegak je...Tapi kesian lagi yg budak2 ni yang hampir 30 minit duduk di tengah2 padang.Mujur xde yang pengsan.Antara latihan yang ditunjukkan oleh pasukan bomba ini ialah cara memadamkan api,cara menyelamatkan mangsa kebakaran dan cara menghadapi kebakaran pada gas memasak.Semoga apa yang ditunjukkan boleh memberikan kita pengajaran.

Thursday, May 7, 2009

Selamat Hari Ibu

Bila last skali kita cakap ngan mak kita? Buat saya yang selalu lupa….

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:



1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat-
sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Friday, April 24, 2009

Penatnya....

Salam n slm sjahtera.Rase2 dh lame sy x mencoret sesuatu dlm blog ni.Rase mkin busy sejak akhir2 ni.Ya Allah,berilah aku kekuatan srta semangat utk terus menjalankan tggjwb ini .Last week keje 6 hari,cuma sempat rehat 1 hari je.sabtu lps sy jdi pengawas ujian MEdSI/ MUnSyl di SMK Seri Pengkalan.Sebenarnya ujian ni utk calon2 graduan yang ingin memilih profesyen perguruan sebagai kerjaya pada masa depan.Mujurlah sklh tu dekat sgt2 ngn rumah,dlm 2minit je.Nk klim perjalanan pun rase segan.hehe.Minggu ni lak keje 6 hari gak coz sabtu ni ade ladap.Klu tak salah sy mggu sblum tu pn sabtu sekolah coz sklh ganti utk Hari Raya Aidilfitri nnti...Badan pn xsempat nk rehat smpi selasa lps sy trpksa mc.Mybe bdn xckup rehat kot.Pepun kena la bersabar,ini la dugaan dan cabaran sebagai manusia di alam ini.

Tuesday, March 31, 2009

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis :
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahalanabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…

Monday, March 16, 2009

" YA ALLAH, BERILAH KESABARAN PADAKU "



Inilah masalah yang melanda diri saya sekarang.Ini ialah halaman rumah yang baru saya sewa tahun ini.Rase macam duduk kat oversea lak.Tengoklah,musim bunga tengah melanda.Masalahnya pokok depan rumah saya ini terlalu besar dan sekarang ni tengah musim bunga.Rasenya sepanjang tahun ini je dah 2x musim bunga.Memang la cantik kalau tengok tapi setiap masa kena sapu n bersihkan..Mana nak larat.Gambar yang atas tu ialah gambaran jam 9.00 pagi 17 mac 2009 ( harini ) selepas saya bersihkan jam 7.00 pagi tadi (gambar yang bawah ).Bayangkan,dalam masa 2 jam je dah penuh halaman macam tu. Dulu,sebelum saya parking kereta tepi jalan,saya park bawah pokok ni.Memang sakit hati je, pagi2 nk pegi sekolah kereta dh penuh dengan tahi burung n getah pokok.Lagi la hangin dibuatnya.Kena la gosok n sembur dulu sebelum pegi.Dulu, tuan rumah pernah mengadu masalah ini ke Majlis Daerah supaya tebang pokok ini tapi sampai sekarang xde pe2 tindakan.bayangkan pokok ni sebaya dengan rumah yang saya duduk ni...Kalau tengok kesan yang paling buruk ialah longkang kat tepi tu dah semakin mengecil dan pecah2 coz akar pokok tu dah terlalu besar..Rase2 saya nk pegi report lak selepas ni..Rase xsanggup nk hadapi masalah ini lagi...TOLOOOOONGG.....BANTULAH KAMI.